Bekas Pengarah JANS didapati bersalah dalam kes pengubahan wang haram

LocalPolitics
19 May 2026 • 12:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bekas Pengarah JANS didapati bersalah dalam kes pengubahan wang haram
Bekas Pengarah JANS ketika hadir di Mahkamah Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Ag Mohd Tahir Mohd Talib, 63, didapati bersalah berhubung kes pengubahan wang haram terbesar di Sabah yang dikaitkan dengan jabatan tersebut pada 2016.

Bagaimanapun, isterinya, Fauziah Piut, 61, dan bekas timbalan pengarah Jabatan Air Sabah, Lim Lam Beng, 72, dilepas dan dibebaskan dalam keputusan di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Selasa.

Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mahkamah ditangguhkan untuk rayuan.

AKAN MENYUSUL

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved