Bekas Pengurus Khairul Aming Akhirnya Muncul, Akui Gagal Kawal Emosi Dalam Tekanan

12 Sep 2022 • 1:05 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sememangnya apa yang berlaku ke atas pengurus influencer, Khairul Aming sebelum ini membuka mata kita semua untuk sentiasa merendah diri dan elak dari bersikap sombong. Kalau korang nak tahu apa terjadi sebelum ni boleh baca artikel di bawah.

image is not available

Selepas hampir seminggu isu ini berlaku, akhirnya bekas pengurus Khairul tampil membuat permohonan maaf setelah memilih untuk hilang dari media sosial buat seketika. Kalau korang ikut rapat perkembangan Khairul Aming mesti kenal siapa dia.

Gagal kawal emosi dalam keadaan tekanan

Permohonan maaf tu dikongsikannya di Instagram monkeydlat dan dia mengakui mempunyai kelemahan mengawal situasi dalam tekanan.

Saya memohon maaf atas kesilapan saya pada tempoh hari. Dengan rendah hatinya saya meminta ribuan kemaafan kepada mereka yang pernah berkerjasama dengan saya secara terus atau tidak.

Buat masa ini, saya akan cuba membuat perubahan untuk masa akan datang. Banyak hikmah dan pengajaran yang telah saya dapat sepanjang penularan isu ini.

Sudah tiada kaitan kerja dengan Khairul Aming

image is not available

Walaupun sudah dimaklumkan Khairul sebelum ini, dia sekali lagi mengesahkan perkara itu dan tiada kaitan kerja langsung dengan Khairul selepas isu ini. Khairul juga kini sedang menguruskan kerja itu sendiri sementara menerima pengganti baru yang lebih sesuai.

Untuk perancangan akan datang, dia kini sedang berusaha untuk tingkatkan kemahiran komunikasi dengan menyertai kelas-kelas berkaitan.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media