Bekas pengurus rugi RM241,000 terpedaya sindiket ‘phone scam’

LocalPolitics
14 Dec 2025 • 11:46 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KLUANG, 14 DIS: Seorang bekas pengurus sebuah syarikat kerugian RM241,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan ‘phone scam’ yang mendakwa mangsa terlibat dalam kes penggubahan wang haram.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata mangsa berusia 47 tahun itu membuat laporan polis semalam selepas menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) pada 6 Nov lepas.

Beliau berkata mangsa kemudiannya dimaklumkan bahawa nombor telefon miliknya disalahgunakan sebelum panggilan disambungkan kepada individu yang menyamar sebagai pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.

“Mangsa turut diberitahu waran tangkap telah dikeluarkan atas namanya dan diarahkan memindahkan semua wang miliknya ke akaun yang diberikan.

“Antara 18 hingga 27 Nov, mangsa membuat pemindahan wang ke tujuh akaun berbeza sebelum menyedari telah ditipu dan tampil membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved