Bekas Penjaga Gol Pulau Pinang Firos Mohamed Meninggal Dunia, Rebah Ketika Beraksi Di Stadium Manjung!

6 Jul 2025 • 2:26 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Bekas penjaga gol Pulau Pinang, Firos Mohamed dilaporkan meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru ‘Legend All Star’ di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Lumut, Perak pada Sabtu.

Mangsa dilaporkan dibawa mendapatkan rawatan di Hospital KPJ Manjung sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 10.15 malam tadi.

Terdahulu, tular satu video memaparkan mangsa tiba-tiba rebah ketika beraksi mewakili pasukannya menentang legenda dari Kedah.

Kejohanan tersebut menghimpunkan barisan legenda bola sepak dari empat negeri utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Firos Mohammed dikenali sebagai antara penjaga gol terbaik negara dan Pulau Pinang di era 90-an.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved