Bekas Penyanyi K-Pop Kumpulan TEEN TOP Kini Lebih Bahagia Jadi Pemotong Rumput

EntertainmentMusic
8 Jul 2023 • 1:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jika anda merupakan peminat muzik K-Pop sejak tahun 2010, mesti anda kenal dengan kumpulan TEEN TOP kan.

Baru-baru ini, bekas anggota kumpulan tersebut iaitu C.A.P telah menjadi perhatian peminat muzik K-Pop apabila dia mendedahkan dirinya lebih bahagia kini setelah berundur daripada industri hiburan Korea Selatan.

image is not available

Menurut Koreaboo, bekas penyanyi idol itu kini lebih selesa bekerja sebagai pemotong rumput.

C.A.P yang dikenali juga sebagai Bang Min Su juga ada berkongsikan review yang diberikan pelanggannya tentang perkhidmatannya sebagai pemotong rumput di Instagram peribadinya.

Dia baru-baru ini telah tampil dalam video di saluran YouTube “All About Jobs” dan berkongsikan kehidupannya sebagai tukang potong rumput.

Dalam video tersebut, C.A.P mendedahkan bahawa dia mendapat bayaran memotong rumput lebih sejuta Won (kira-kira RM3,500) untuk satu-satu musim.

Menurutnya juga, dia bersyukur memiliki kemahiran memotong rumput itu kerana kebanyakan orang di bandar-bandar besar di Korea Selatan tidak tahu momotong rumput walaupun di rumah sendiri.

image is not available

Jadi, kebanyakannya akan mengupah orang lain untuk memotong rumput sekali gus upah yang diberikan kepada pemotong rumput juga agak tinggi dan lumayan.

C.A.P juga mengatakan dia kini bahagia menjalani kehidupan biasa dan tidak menyesal meninggalkan industri seni.

Betul la tu kan, pedulikan apa orang kata, yang penting diri kita sendiri happy.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.