Bekas penyerang Arsenal meninggal dunia

Football
15 Jun 2024 • 11:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Campbell

BEKAS penyerang Arsenal, Everton dan Nottingham Forest serta pengulas bola sepak Kevin Campbell meninggal dunia pada usia 54 tahun.

Media Britain berkata, dia telah berada di hospital selama dua minggu sebelum kematiannya diumumkan pada Sabtu.

"Kami sangat kecewa apabila mengetahui bekas penyerang kami, Kevin Campbell telah meninggal dunia selepas sakit. Khidmat Kevin mendapat pujian semua orang di kelab ini," kata Arsenal di media sosial.

Campbell yang berasal dari London membuat debut seniornya di Arsenal pada 1988, menghabiskan tujuh tahun di kelab itu termasuk dua tempoh pinjaman.

Beliau adalah sebahagian daripada pasukan Arsenal yang memenangi liga Divisyen Satu Inggeris pada 1990/91, Piala FA pada 1992/93 dan Piala Juara-Juara pada 1993/94.

Dia menyertai Forest pada 1995, menghabiskan tiga tahun, sebelum berpindah ke Everton pada 1999 untuk tempoh enam tahun.

Campbell menjaringkan 45 gol Liga Perdana untuk Everton, menjadi penjaring terbanyak kelima The Toffees dalam pertandingan itu dan pernah dilantik kapten.

"Bukan hanya wira Goodison Park sebenar dan ikon permainan Inggeris tetapi orang yang luar biasa juga - seperti sesiapa yang pernah bertemu dengannya akan lebih tahu," kata Everton di media sosial.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved