Bekas penyerang Fulham taruhan NSFC

LocalFootball
16 Oct 2026 • 8:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bekas penyerang Fulham taruhan NSFC

NEGERI Sembilan FC (NSFC) mempertaruhkan pengalaman bekas penyerang Liga Perdana Inggeris (EPL), Aboubakar Kamara untuk menjadi mesin gol baharu pasukan menjelang aksi Liga Super bertemu Sabah FC esok.

Penyerang antarabangsa Mauritania berusia 31 tahun itu datang dengan pengalaman luas di pentas Eropah dan Asia, sekali gus dijangka menjadi senjata ampuh buat skuad kendalian Daniel Gimenez di posisi serangan.

Sebagai rekod, Kamara pernah menyarung jersi Fulham di EPL, selain beraksi bersama AS Monaco, Amiens, Olympiacos dan Aris Thessaloniki, sebelum meneruskan karier di beberapa liga utama benua Asia.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan NSFC, Kamara mampu memberi dimensi baharu buat pasukan itu berdasarkan pengalaman luas dimiliki pemain tersebut dalam saingan tertinggi bola sepak.

“Kamara membawa kehadiran fizikal yang mantap serta profil profesional yang sangat me­ngagumkan ke dalam skuad.

“Kekuatan, kepantasan dan keupayaannya memimpin barisan serangan memberi isyarat jelas mengenai kesungguhan kelab bagi menghadapi saingan musim ini.

“Dengan rekod prestasi yang terbukti dalam pelbagai liga kompetitif di seluruh dunia, Kamara bersedia untuk menjadi aset penting dalam percaturan taktikal pasukan,” kata kenyataan itu.

Pemain kelahiran Perancis itu pernah melakukan 26 penampilan antarabangsa selain meledak lapan gol bersama Mauritania.

The post Bekas penyerang Fulham taruhan NSFC appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved