Bekas Polis Direman 7 hari Bantu Siasatan Kes Samun

3 May 2023 • 12:58 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ia bagi membantu siasatan kes samun seorang pemuda di Taman Bukit Cheng pada 29 April lepas. - Gambar Bernama

MELAKA - Seorang bekas anggota polis direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes samun seorang pemuda di Taman Bukit Cheng pada 29 April lepas.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman bermula hari ini hingga 9 Mei.

Mengikut pertuduhan, suspek lelaki berumur 35 tahun itu didakwa bersama seorang rakannya dipercayai menyamun mangsa yang berusia 25 tahun ketika pemuda terbabit sedang meletak kenderaan di beranda rumahnya.

Suspek dikatakan meletakkan pisau pada leher mangsa, manakala rakannya menunggu berdekatan pagar rumah mangsa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana menyamun. - Bernama