Bekas Presiden Majlis Perbandaran Sandakan nafi diculik, hilang

18 Jul 2022 • 4:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Bekas Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Datuk Peter Hii Chang Lik (gambar) menafikan beliau diculik atau hilang seperti didakwa di media sosial dan dilaporkan oleh Daily Express pada Ahad.

Beliau kesal akhbar ini (Daily Express) menyiarkan berita itu pada 17 Julai dan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang menyiarkan berita palsu mengenai keberadaan dan keadaan semasa beliau.

Katanya, ia merupakan satu fitnah dan menyentuh tentang soal keselamatan yang dilihat mampu menjejaskan keharmonian dan keyakinan pelancong apabila mengunjungi negeri ini dan membabitkan tugas pasukan keselamatan yang sangat ikhlas menjaga keselamatan negara tetapi dipersoalkan disebabkan berita tular yang sangat serius itu.

“Saya juga menerima banyak mesej bertanyakan khabar saya sejak berita itu tular dan akibat kesalahfahaman ini.

“Jelas sekali, ia tidak benar bahawa saya diculik mahu pun hilang seperti yang ditularkan mengenai diri saya.

“Tanya saya dan jangan membuat andaian sendiri,” katanya kepada media di sini, pada Ahad.

Peter menambah, beliau ada keluar rumah melalukan aktiviti seperti biasa dan tidak hilang seperti yang ditularkan.

Katanya, beliau hanya mengetahui tentang andaian dan spekulasi mengenainya pada Jumaat dan hanya mengetahui ianya tular pada Sabtu.

Berikutan tersebarnya mesej palsu mengenai keadaannya, katanya, beliau juga akan mendapatkan nasihat daripada peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara ini tidak diperbetulkan.

Penafian itu dibuat selepas Daily Express melaporkan pertanyaan daripada orang ramai tentang dakwaan kehilangannya yang menyebabkan beberapa spekulasi bahawa beliau mungkin diculik dan ia tular di media sosial.

Akhbar ini cuba menghubunginya dengan bertanya kepada mereka yang rapat dengan Peter untuk mendapatkan maklumat tentang keberadaannya tetapi tidak berjaya.

Susulan laporan berita dalam akhbar itu, Peter memberitahu media di sini pada Ahad untuk menjelaskan keadaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.