Bekas profesor Cambridge terpalit kontroversi plagiarisme ditemui mati

15 Aug 2026 • 8:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bekas profesor Cambridge terpalit kontroversi plagiarisme ditemui mati

LONDON: Bekas profesor Universiti Cambridge, Jason Arday yang menjadi perhatian susulan kontroversi dakwaan plagiarisme, ditemui meninggal dunia di Battersea, selatan London.

Pasukan kecemasan memaklumkan seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di alamat berkenaan pada petang Jumaat.

Arday, 41, meletakkan jawatan sebagai Profesor Sosiologi Pendidikan di Cambridge minggu lalu susulan dakwaan plagiarisme serta persoalan mengenai beberapa pencapaiannya. Beliau sebelum ini menafikan dakwaan berkenaan.

Keluarga Arday dalam satu kenyataan berkata, mereka terkejut dan tidak menyangka kehilangan seorang bapa, pasangan, abang, bapa saudara dan anak yang begitu hebat itu.

“Kempen maklumat palsu itu terlalu berat untuk Arday, seorang lelaki yang lemah lembut dan sentiasa mahu melihat sisi terbaik dalam diri setiap orang,” katanya.

Pada Jumaat, polis dipanggil ke sebuah alamat di Battersea oleh Perkhidmatan Ambulans London.

Dalam kenyataan, Polis Metropolitan berkata, kematian Arday buat masa ini dianggap sebagai kematian mengejut dan tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah.

Naib Canselor Universiti Cambridge, Profesor Deborah Prentice, berkata, pihaknya amat berdukacita mendengar berita tragik itu.

Arday sebelum ini menafikan melakukan plagiarisme, namun mengakui terdapat kesilapan dalam hasil kerjanya.

Minggu lalu, beliau berkata, kontroversi berhubung hasil kerjanya menyebabkan beliau berdepan penelitian awam dan serangan peribadi yang berterusan.

Lapor BBC, kontroversi itu tercetus selepas seorang lagi ahli akademik, Nathan Cofnas, yang menggelarkan dirinya sebagai ‘race realist’, mendakwa menemui banyak contoh plagiarisme dalam karya Arday.

Cofnas dipecat daripada jawatannya di Cambridge pada 2024.

Arday berkata, beberapa kesilapan dalam karya akademiknya pada peringkat awal berpunca daripada autisme yang dialaminya, menyebabkan beliau bergantung kepada kaedah mimik untuk memahami maklumat.

Beliau turut mendakwa penelitian serupa terhadap karya ahli akademik lain berkemungkinan menemukan kesilapan yang sama.

The post Bekas profesor Cambridge terpalit kontroversi plagiarisme ditemui mati appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved