Bekas Ratu Cantik Buat Laporan Polis, Dicab*l Sami Di Sebuah Kuil Di Sepang

Entertainment
9 Jul 2025 • 11:01 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kuil yang sepatutnya menjadi tempat yang selamat serta suci bertukar sebaliknya apabila seorang wanita dikatakan dicabul oleh sami di situ.

Berkongsi pengalamannya di Instagram, pelakon, pengacara, serta bekas Miss Grand Malaysia Lishalliny Kanaran menceritakan pengalaman pahitnya menjadi mangsa cabul di tempat keagamaan itu.

Dalam hantaran itu, difahamkan sami berkenaan pada mulanya ingin membantunya namun ia menjadi sedikit aneh apabila sami itu mula mengajak wanita tersebut ke dalam sebuah bilik untuk memberi ‘doa dan berkat’ secara individu.

Lishalliny berkata perkara itu bukan sahaja memberikan trauma yang teruk kepadanya malah dia berasa jijik dengan diri sendiri kerana perbuatan ‘sami’ tersebut.

Dalam pada itu, pihak polis turut mengeluarkan kenyataan berkenaan kes cabul yang berlaku di Sepang itu dan difahamkan sami yang melakukan perkara itu hanya menggantikan tempat sami sebenar yang tiada di situ pada ketika itu.

image is not available

Difahamkan, pihak polis kini sedang giat menjalankan pencarian suspek dan meminta orang awam untuk tampil memberikan sebarang informasi berkenaan suspek.

Sumber: X, Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.