Bekas Setiausaha Politik, isteri ditahan SPRM disyaki minta dan terima rasuah RM3 juta

LocalPolitics
11 Feb 2026 • 10:05 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang bekas setiausaha politik kepada bekas Ketua Menteri Melaka bersama isterinya kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3 juta sebagai balasan membantu sebuah syarikat dilantik sebagai konsesi projek penambakan laut di sekitar Melaka.

SPRM menerusi TikTok rasminya memaklumkan, suspek yang juga bekas Timbalan Exco Kerajaan Negeri dan isteri ditahan kira-kira jam 2 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

“Siasatan awal mendapati suspek yang bergelar Datuk Wira itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara Februari hingga November 2021.

“Pasangan suami isteri ini disyaki menggunakan wang rasuah tersebut untuk membeli sebuah unit kondominium di sekitar Lembah Klang,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009.

Menurutnya, pasangan suami isteri itu akan dbawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok bagi permohonan reman. - 11 Februari, 2026

The post Bekas Setiausaha Politik, isteri ditahan SPRM disyaki minta dan terima rasuah RM3 juta appeared first on Scoop.