Bekas Speaker DUN Perak, Mat Isa meninggal dunia

LocalPolitics
25 Jul 2024 • 12:12 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bekas Speaker DUN Perak, Datuk Mat Isa Ismail, 74, meninggal dunia petang tadi.

IPOH - Bekas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk Mat Isa Ismail, 74, meninggal dunia petang tadi.

Perkara itu dikongsikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad menerusi kenyataan di laman Facebook malam ini.

"Menerima khabar duka, mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Datuk Mat Isa Ismail telah kembali ke rahmatullah lewat petang tadi. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat roh Allahyarham.

"Mudah-mudahan ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosanya dan mengangkat darjatnya bersama orang-orang yang beramal soleh. Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi saat-saat getir ini," katanya.

Menerusi laman sosial itu, Saarani berkongsikan gambar beliau menunaikan solat jenazah bersama jemaah dan turut hadir ke pengebumian Allahyarham Mat Isa.

Mat Isa pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Sulit kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Tun Razak dari 1993 hingga 1995, selain menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering selama tiga penggal dari 1997 hingga 2008.

Beliau juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang bagi penggal 2001/2003 dan dilantik menjadi Speaker DUN Perak selama satu penggal bermula 2004. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved