Bekas Staf Sahut Cabaran Anak Mak Cik Kemboja, Datang Jumpa Tapi Pagar Dikunci & Tidak Dibenarkan Masuk [Video]

27 Nov 2023 • 2:57 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Selepas hangat mengenai isu usahawan wanita Kemboja yang menggelarkan bangsa Melayu sebagai ‘pemalas’, kini anak lelakinya pula yang menjadi perhatian di media sosial.

Ia berikutan video tular yang didakwa memperlihatkan Ezuwan mencabar warganet untuk bersemuka susulan insiden kejadian yang berpunca daripada ibunya.

Malah, di video berkenaan, anak lelaki ‘Mak Cik Kemboja’ turut menggunakan kata-kata kurang sopan antaranya seperti menyamakan individu dengan anjing.

Walau bagaimanapun, menerusi satu ciapan di platform Twitter (X), Ezuan mendakwa video tersebut telah disunting dan sebenarnya ditujukan kepada bekas pekerja ibunya.

Bekas Pekerja Sahut Cabaran, Datang Bersemuka

Terbaharu, bekas pekerja usahawan wanita Kemboja menyahut cabaran anak lelaki wanita itu untuk hadir bersemuka seperti yang dipinta olehnya dalam video berkenaan.

Menerusi satu rakaman video di TikTok @lanchemical, kelihatan bekas pekerja yang dikenali sebagai Shuib dan beberapa individu lain turut hadir ke wisma perniagaan wanita itu yang terletak di Skudai, Johor.

Walau bagaimanapun, kedatangan mereka telah dihalang dan mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam kilang tersebut serta pagar bangunan berkenaan turut dikunci.

Malah, pekerja syarikat yang berada di kilang tersebut enggan membuka pagar berkenaan walaupun diminta masuk oleh Shuib dan individu tersebut.

Hadir Untuk Berbincang Mengenai Beberapa Isu

Menerusi video tersebut, Shuib hadir bersama beberapa individu yang didakwa turut mempunyai kaitan dengan kes penipuan wanita berkenaan. Turut kelihatan ialah Pengerusi Surplus Pulau Pinang, Sophian Mohd Zain.

Menurut Shuib, wanita berkenaan tidak membayar komisen selama empat bulan seperti yang dijanjikan sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

“Saya tak nak cerita pengalaman saya apabila ditipu kata duit komisen seringgit. Boleh bertanya dengan dia (Makcik Kemboja). Empat bulan terakhir komisen saya tak dibayar.

“Hari ini simple (mudah) saja, dia dah jemput saya untuk datang kilang, sekarang saya dah datang. Dimanakah anak dia? Ke nak bertulis juga anak dia datang buat surat jemputan Shuib diminta hadir,” katanya yang dipetik dari Kosmo.

Menerusi video tersebut juga, turut kedengaran beberapa isu yang mahu dibincangkan antaranya seperti pembayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Namun, kedatangan mereka hanya sia-sia dan tidak membuahkan hasil apabila mereka tidak dibenarkan masuk untuk berbincang oleh pekerja syarikat berkenaan.

Rakaman video itu nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata hairan dengan sikap anak lelaki wanita berkenaan yang tidak memunculkan diri sedangkan dia sendiri yang menjemput bekas pekerja untuk bersemuka dengannya.

Malah, ada yang melabelkan dirinya sebagai penakut berikutan tindakannya yang dilihat hanya berani bersuara di dalam video.

Terdahulu, tular video yang memaparkan anak lelaki usahawan wanita Kemboja berkenaan mencabar seseorang untuk bersemuka dengannya susulan isu mengenai ibunya yang menggelar ‘Melayu Pemalas’.

Walau bagaimanapun, video itu didakwa telah disunting dan video asal yang sebenarnya ditujukan khusus buat bekas staf ibunya.

Berikut merupakan komen netizen:

Mana Anak Mak Cik Kemboja? Sorry Tanya

image is not available

Maaf Cakap, Mana Anak Mak Cik Kemboja? Kan Ajak Jumpa

image is not available

Habislah Diorang Tengah Ketakutan Tu, Semoga Dimudahkan Urusan

image is not available

Source: