Anak kepada Makcik Kemboja, Ezuan, hari ini tampil memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung penularan video yang didakwa menghina bangsa Melayu.
Dalam sidang media itu, Ezuan juga menjelaskan bahawa video perbalahannya dengan bekas pekerja tidak berkaitan dengan netizen dan apa yang berlaku di antara mereka berdua adalah disebabkan salah faham.
Video itu kemudian dipetik oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan disunting sehingga menjadi fitnah.
“Saya dengan rendah hati dan terbuka hati ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu, sekiranya video yang dimuat naik, video perbalahan di antara saya dengan bekas pekerja lama tersebut telah menimbulkan banyak spekulasi dan fitnah.
“Saya ingin memohon maaf sangat-sangat. Saya buat video itu pun tak ada membela mana-mana syarikat atau ibu saya.
“Saya cuma mahu menyelesaikan perkara itu secara profesional saja dengan individu tersebut yang telah mengugut saya sebelum ini.
“Saya akui kesilapan saya, saya akan bertindak lebih matang selepas ini sekiranya saya ingin berbuat apa-apa. Saya berharap kita boleh hentikan perkara ini,” katanya.
Terdahulu, ibunya, Mariyah Yaakob, memohon maaf di atas kekhilafannya dan menjelaskan dia tiada niat untuk menghina bangsa Melayu. Sebalik, video yang dimuat naik itu adalah untuk memberi motivasi kepada pengikutnya di media sosial.
Sumber: Sinar Harian
The post ‘Saya akui kesilapan, saya akan bertindak lebih matang selepas ini’ – Ezuan, anak Makcik Kemboja appeared first on The Reporter.



