Bekas Suami Dedah Guru & ‘Abang Wiring’ Pergi ‘Celebrate’ Makan Kek Lepas Cerai Di Mahkamah – “Sakit Memang Sakit..”

LocalFamily & Parenting
27 May 2025 • 11:30 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bekas suami kepada guru dari sebuah sekolah di Melaka yang tular baru-baru ini kerana didakwa berzina dengan suami orang telah tampil bersuara.

Menerusi ruangan komen di TikTok, lelaki bernama Muhammad Azraf itu berkata guru terbabit dan lelaki digelar ‘Abang Wiring’ itu sudah mula berkawan ketika wanita itu masih bergelar isterinya.

Difahamkan, dia telah melafazkan talak pada 24 Februari lalu namun ketika di mahkamah Muhammad Azraf telah meminta untuk memfailkan nusyuz.

Hakim minta bincang semula. Hasil perbincangan dia tetap nak diceraikan hari itu juga tapi dia gugurkan tuntutan nafkah, iddah, mutaah dan yang tertunggak sekiranya ada.

image is not available

Lebih menyedihkan, Muhammad Azraf juga mendedahkan guru berkenaan terus pergi meluangkan masa bersama ‘Abang Wiring’ sejurus selepas selesai di mahkamah.

Balik mahkamah dorang pergi makan kek Secret Recipe. Saya akan ingat sampai bila-bila kejadian itu.

Sakit memang sakit, malu memang malu. (Tapi) Hidup kena teruskan.

image is not available image is not available

image is not available 21 hours ago

"Tiga Bulan Berkahwin, Dah Kantoi.. Saya Malu Sangat" - Didakwa Dayus Diamkan Diri, Bekas Suami Cikgu Curang Dengan 'Abang Wiring' Bersuara