“Makin Aku Jerit, Makin Mereka Gelak” – Isteri Diikat Atas Sofa, Suami Paksa Tengok Bersetubuh Dengan Skandal

27 May 2025 • 3:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Belum reda dengan isu cikgu curang dengan ‘abang wiring’, muncul lagi satu kes yang menarik perhatian orang ramai di platform Threads yang diceritakan sendiri oleh si isteri.

Wanita tersebut teringat kembali kisah ‘hitam’ yang berlaku dalam hidupnya selepas membaca isu guru dan ‘abang wiring’ tersebut.

Suami ikat atas sofa & suruh tengok perbuatan jijik

Menurut wanita terbabit, dirinya dipaksa untuk berada di dalam satu ruangan yang sama ketika suami serta wanita ketiga melakukan hal terkutuk.

Lebih perit, wanita itu berkata dirinya diikat di atas sebuah sofa dan tidak mampu untuk melakukan apa-apa perkara selain menyaksikan perbuatan jijik dilakukan oleh suami bersama skandal yang membuatkan hatinya hancur.

image is not available

Aku diikat atas sofa, mereka buat depan aku.. makin aku jerit, makin mereka gelak.

‘Saya fikirkan ibu bapa mentua di kampung..’

Pada awalnya, wanita ini bertahan mempertahankan rumah tangganya dan tidak membuat laporan polis kerana mengenangkan ibu bapa mentuanya yang berada di kampung.

Dirinya dibiarkan tidak bertali selama tempoh satu tahun sebelum diceraikan oleh suami susulan ibu mentua sendiri yang menyuruh.

image is not available

Peristiwa yang berlaku dalam hidupnya ini memang meninggalkan kesan yang amat mendalam dan wanita itu juga berpendapat perbuatan cikgu serta ‘abang wiring’ itu tidak seharunya dibela.

image is not available 20 hours ago

"Dosa Dengan Manusia Selagi Orang Tak Maaf, Allah Tak Ampunkan" - Lelaki Wiring Skandal Dengan Cikgu Bakal 'Up' Kronologi Kisah Curang

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved