Bekas Tentera Sanggup Belasah Ibu Sebab Berang Tak Dapat RM20 Nak Beli Dadah

Entertainment
27 Mar 2023 • 12:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Gara-gara tidak menerima wang untuk membeli dadah, seorang lelaki bertindak biadab apabila sanggup membelasah ibunya hingga cedera dalam kejadian di Kampung Gual Jedok, Tanah Merah, Kelantan semalam.

Insiden yang berlaku itu telah menyebabkan warga emas berusia 65 tahun mengalami kecederaan bengkak di kepala, dahi dan mata serta sakit pada bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di hadapan pintu rumah mereka, lapor Astro Awani.

image is not available

Suspek seorang bekas tentera dan penagih dadah

Menurut pihak polis, mangsa dan suspek yang berusia 32 tahun dikatakan tinggal berdua di rumah itu.

Insiden berkenaan berlaku dipercayai kerana anak keempat daripada lima beradik itu berang dengan ibunya yang enggan memberikannya wang RM20 untuk membeli dadah.

Kejadian tersebut telah dirakam oleh anak saudara suspek yang tinggal bersebelahan dengan rumah mereka. Suspek merupakan pemegang kad OKU mental daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang sering mengamuk meminta wang dengan mangsa.

Lelaki terbabit juga merupakan bekas anggota tentera yang telah dibuang kerja pada tahun 2013 dan merupakan seorang penagih dadah.

“Ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai dua rekod lampau berkaitan kes dadah,” jelasnya.

Suspek telah direman selama empat hari bermula 27 Mac dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.