Indonesia di bawah pimpinan baharu Presiden Prabowo Subianto menarik perhatian ramai apabila membawa kelainan dalam pelantikan menteri-menteri di bawahnya.
Dilaporkan, bekas penyanyi Nidji, Giring Ganesha dilantik menjadi Timbalan Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih.
Giring Ganesha bakal menjalankan khidmatnya sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan bersama Fadli Zon yang dilantik sebagai Menteri Kebudayaan.
Giring yang sebelum ini merupakan anggota kumpulan Nidji ini mengambil keputusan untuk meninggalkan bidang nyanyian kerana mahu menumpukan perhatian terhadap politik.
Selain Giring, turut mendapat perhatian ramai adalah pelantikan Taufik Hidayat sebagai Timbalan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia atau Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Taufik Hidayat akan bertugas di kementerian itu bersama menteri penuh, Dito Ariotedjo.
Beliau memutuskan untuk bersara daripada dunia sukan badminton pada tahun 2013 dan pernah menjadi kakitangan khas di Kementerian Belia dan Sukan dari 2017 hingga 2018.
Sumber: Astro Awani, Harian Metro
The post Bekas vokalis Nidji, Giring dilantik Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia appeared first on The Reporter.



