JOHOR BAHRU – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Alwiyah Talib, berjaya mengekalkan penguasaannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau selepas kembali bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Alwiyah yang mengumumkan keluar daripada Bersatu dan kembali menyertai UMNO pada Jun lalu, memperoleh 9,529 undi atau 51.62 peratus untuk menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Hasnul Hakimi Hussien yang meraih 5,984 undi.
Beliau sebelum ini memenangi kerusi Endau atas tiket BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebelum menyertai Bersatu pada Mei 2018. Pada PRN Johor 2022, Alwiyah mempertahankan kerusi itu atas tiket PN sebelum kembali menyertai UMNO menjelang PRN Johor kali ini.
Dalam saingan empat penjuru itu, calon Pakatan Harapan (PH), Saiful Nizam Samat memperoleh 2,552 undi atau 13.83 peratus, manakala calon ASLI, Jati Awang mendapat 394 undi atau 2.13 peratus.
Alwiyah menamatkan saingan dengan majoriti 3,545 undi, sekali gus memberikan kemenangan selesa kepada BN di kawasan berkenaan.
Seramai 28,767 pengundi berdaftar layak mengundi di DUN Endau dengan sebanyak 18,459 undi direkodkan, menjadikan peratusan keluar mengundi sebanyak 64.17 peratus.


![[RASMI] PRN Johor: Pas hilang kubu terakhir](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/07/11/3579557.webp)


![[RASMI] Calon termuda PRN Johor gagal rebut kerusi Johor Lama](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/07/11/3579544.webp)