Bekas Wartawan FMT Ditahan Di Bawah Akta Hasutan Setelah Hadir Ke IPD Dang Wangi

LocalPolitics
17 Jan 2026 • 12:09 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bekas wartawan Free Malaysia Today (FMT), Rex Tan, dilaporkan ditahan polis awal pagi ini selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Bekas wartawan FMT sudah letak jawatan

Memetik laporan daripada laporan FMT, Rex, 31, yang meletakkan jawatan pagi semalam, ditahan susulan soalan kontroversi yang dikemukakannya dalam satu wacana awam pada Isnin lalu.

image is not available

Peguam bekas wartawan sahkan penahanan

Peguamnya, Rajsurian Pillai mengesahkan penahanan itu dibuat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, dengan siasatan difahamkan dikendalikan oleh pihak Bukit Aman.

Wacana awam berkenaan bertajuk “Gaza Exposes the Complicity of International Actors” yang menampilkan ahli politik Britain, George Galloway sebagai panel jemputan.

image is not available

Susulan kecaman meluas di media sosial, Rex tampil memohon maaf secara terbuka dan mengakui gagal mengambil kira kesesuaian soalan yang diajukan serta tidak mempertimbangkan sensitiviti isu tersebut dengan sewajarnya.

image is not available

Artikel lain: Wartawan FMT Mohon Maaf, Nadir Al-Nuri Tawar ‘Kerusi Khas’ Ke Wilayah Bergolak

Diaturut mengakui tidak memenuhi tahap profesionalisme yang diharapkan daripada seorang wartawan, selain merayu orang ramai agar tidak menyerang FMT Media serta ahli keluarganya.

Sumber: FMT

The post Bekas Wartawan FMT Ditahan Di Bawah Akta Hasutan Setelah Hadir Ke IPD Dang Wangi appeared first on Borak Daily.