Bekas Wartawan Melodi Meninggal Dunia Ketika Menunggu Jenazah Ibu Mentua

14 May 2024 • 12:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bekas wartawan program Melodi, Muhammad Zamzuri Zaini atau lebih dikenali sebagai Ayau meninggal dunia pagi semalam ketika sedang menunggu jenazah ibu mentuanya.

Bekas isterinya, Alita Aris memaklumkan bahawa Ayau, 50, yang ketika itu sedang berada di Masjid Al Muhajideen, Damansara Utama, mengalami serangan jantung dan dikejarkan ke Hospital KPJ Damansara.

“Muhamad Zamzuri Zaini (Ayau) sudah kembali ke Rahmatullah lebih kurang 10 pagi tadi. Ayau berada di Masjid Al Mujahideen, Damansara Utama, sedang menunggu jenazah ibu saya untuk disolatkan dan tiba-tiba pengsan, dipercayai mengalami serangan jantung.”

“Kami membawanya ke Hospital KPJ Damansara, dan doktor sudah cuba menyelamatkannya selama lebih kurang 20 minit, tetapi gagal. Doktor percaya jantung Ayau sudah berhenti ketika di masjid lagi.”

image is not available

Jenazah akan dibawa ke Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan untuk disempurnakan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permai, Ampang.

Alita yang masih lagi sedang menguruskan pengebumian ibunya, bagaimanapun belum dapat memastikan masa pengebumian Ayau dan akan berkongsi maklumat terkini selepas ini.

Sumber : Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.