Bekas Wartawan Melodi Ulas Isu Bella & Sophia – “Realitinya Ramai Artis Sendiri Minta Interview Untuk Cipta Publisiti”

EntertainmentLifestyle
5 Aug 2025 • 10:39 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Susulan kontroversi antara Bella Astillah dan Sophia Albarakbah di Anugerah Melodi Terhangat 2025, seorang bekas wartawan Melodi, yang masih dikenali sebagai Zuan Melodi, tampil memberi pandangan di Threads.

Menurutnya, walaupun sudah sembilan tahun bersara, dia masih menerima soalan berkaitan dunia hiburan.

image is not available

Katanya, ketika zaman aktif, banyak kontroversi yang dihasilkan bukan semata-mata untuk sensasi, tetapi kerana ia diminta sendiri oleh artis demi kekal relevan. Tulisnya,

Ramai yang minta abaang interview dan create macam-macam isu… semata-mata nak nampak laku dan ada story value dalam industri.

Dia turut mengimbas zaman liputan “Bikin Panas” yang pernah melonjakkan nama ramai artis. Kenyataannya memberi gambaran bahawa tidak semua kontroversi datang secara organik, malah ada yang dirancang demi publisiti.

Netizen mula berspekulasi sama ada insiden baru-baru ini juga sebahagian daripada skrip industri hiburan semata-mata.

image is not available 2025-08-05 10:22:13

"Patutnya Hisyam Hamid.." - Melodi Kantoi Tukar Penyampai Anugerah Saat Akhir, Bella Jadi Mangsa?