Bekerja Keras Sejak Tahun Lalu, Puteri Sarah Anggap Hadiah Kereta Untuk Balas Budi Ibu Bapa - “Mereka Rasa Terharu, Menangis…”

26 Sep 2024 • 9:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Impian pelakon Puteri Sarah Liyana untuk menghadiahkan ibu bapanya sebuah kereta Proton X50 akhirnya tercapai.

Balas budi

Syukur perniagaan yang diusahakan semakin maju, Sarah berkata hadiah itu merupakan penghargaan buat ibu bapanya selain ingin membalas budi mereka.

 

“Alhamdulillah, perniagaan saya semakin maju. Jadi, saya nak tunjuk penghargaan kepada keluarga saya dan nak balas budi.

 

“Saya pun nak beritahu kepada semua juga, siapa-siapa yang single mother, atau isteri yang rasa diri tak boleh… sebenarnya mereka boleh bangkit jadi macam saya dan boleh banggakan keluarga.

 

 

“Dapat gembirakan anak-anak… saya pun baru balik dari bawa anak-anak dan keluarga bercuti. Alhamdulillah, ini rezeki saya,” kata Sarah kepada Gempak.

Terharu & menangis

Simpan impian sejak tahun lalu, Sarah memberitahu ibu bapanya terharu sehingga mengalirkan air mata ketika menerima hadiah tersebut.

 

“Mereka rasa terharu sehingga menangis. Sebab mereka rasa macam ‘kenapa saya nak bazirkan duit’. Tapi saya rasa itu bukan bazirkan duit tapi lebih kepada beri penghargaan yang tak seberapa untuk ibu bapa saya.

 

“Sebenarnya dari tahun lalu dah saya simpan impian itu, bekerja keras untuk simpan duit dan Alhamdulillah impian tercapai,” ujarnya lagi.

 

Terdahulu, perkongsian Puteri Sarah menghadiahkan sebuah kereta Proton X50 buat kedua ibu bapanya menjadi perhatian ramai.

 

Menerusi perkongsian di Insta Story, Puteri Sarah dilihat memuat naik hantaran berkenaan serta berharap pemberian tersebut dapat menggembirakan kedua ibu bapanya.