Bekerja Selama 27 Tahun Di Stesen Minyak, Pakcik Ini Dapat Hadiah Pakej Umrah Dari Majikan [Video]

28 Dec 2022 • 3:46 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
kerja selama 27 tahun pakcik diberi hadiah pakej umrah

Sebut sahaja tentang umrah dan haji sudah tentu setiap di antara kita menyimpan hasrat yang tinggi untuk mengerjakan ibadah itu apabila berkemampuan kelak.

Malah demi mencapai impian tersebut bermacam-macam cara sanggup dilakukan agar diberikan peluang oleh Allah SWT untuk menyempurnakan rukun Islam yang ke lima itu.

Bekerja selama 27 tahun, pekerja dihadiahkan pakej umrah

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh Siti Nur yang merupakan seorang pengusaha sebuah stesen minyak di Pendang, Kedah memaparkan saat indah seorang pekerjanya yang menerima hadiah dari majikan.

Menerusi video tersebut, Siti memaklumkan bahawa pekerja yang dikenali sebagai Yusuf itu telah berkhidmat di stesen minyak berkenaan selama 27 tahun.

Oleh itu, sebagai tanda penghargaan atas kesetiaannya bersama stesen minyak tersebut dia kemudian dihadiahkan pakej untuk menunaikan umrah pada tahun 2023.

Selain Yusuf, rakan sekerjanya yang lain turut diberikan penghargaan seperti menerima bonus bulanan, pekerja terbaik bulanan dan banyak lagi.

Ucap terima kasih kepada pelanggan stesen minyak

Dalam satu lagi video yang dimuat naik, Siti turut memaklumkan bahawa Encik Yusuf turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan yang telah mengisi minyak di stesen tersebut kerana ia adalah salah satu asbab dia diberikan peluang untuk mengerjakan umrah.

“Encik Yusuf mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mingisi minyak di Petronas Pendang kerana asbab itu lah beliau berpeluang ke Baitullah,” kata Siti dalam videonya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang gembira dan sebak dengan perkara itu selain turut mendoakan agar perniagaan stesen minyak berkenaan sentiasa berkembang maju.

‘Betullah orang kata pergi mekah ni bukan kaya tapi Allah dah bukakan rezeki…’

image is not available

‘Terbaiklah majikan macam ni semoga dimurakan rezeki berlipat kali ganda’

image is not available

‘Terbaik.. semoga majikan dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat kelak’

image is not available

Baca artikel berkaitan: