'Bela 3 'anjing' dalam rumah'. Kronologi isteri hamil mengidam ayam gepuk dibelasah suami, leher diacu pis*u

LocalFamily & Parenting
16 Mar 2026 • 5:24 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

KEJAM! Hanya kerana mengidam ayam gepuk seorang wanita hamil dibelasah suami, lebih menakutkan lehernya juga diacu pisau.

Berikut kronologi dikongsikan Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud:

1-Kejadian kira-kira pukul 3.30 petang Rabu lalu, wanita berkenaan yang berada di rumah dikatakan meminta suaminya membelikan makanan berkenaan.

2-Namun permintaan itu dipercayai menimbulkan kemarahan suspek yang memaki hamun mangsa dengan menyebut dia membela tiga ekor 'anjing' dalam rumah ini dan menyuruh wanita itu masak sendiri. 

3-Suspek kemudian bertindak agresif dengan mencekik leher mangsa sebelum mencapai sebilah pisau sayur dan meletakkannya di leher wanita berkenaan. 

4-Suspek turut menampar muka dan menumbuk kepala mangsa sehingga menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan di bahagian kanan leher.

image is not available

5-Polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 9.03 malam hari yang sama.

6-Beliau berkata, suspek turut menampar muka serta menumbuk kepala mangsa dalam kejadian tersebut.

7-Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kanan leher sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras.

8-Mohd Rosdi memberitahu, mangsa yang berusia 34 tahun ketika ini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras dan berada dalam keadaan stabil.

Apa pun puncanya, jika pasangan menunjukkan sikap agresif atau mendera, segera dapatkan bantuan daripada ahli keluarga, rakan terdekat atau pihak berkuasa.

Jangan takut untuk membuat laporan kerana setiap wanita berhak hidup dalam keadaan selamat, dihormati dan dilindungi. 

Sumber: Sinar Harian, Awani