Isteri hamil dipukul suami selepas minta dibelikan ayam gepuk

LocalFamily & Parenting
16 Mar 2026 • 3:37 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 16 MAC: Suri rumah cedera selepas dipercayai dipukul suami dalam kejadian di Flat Sri Sabah, Cheras Rabu lalu, dipercayai berpunca daripada permintaannya untuk membeli makanan kerana mengidam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 34 tahun pada jam 9.03 malam hari sama.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang apabila mangsa mendakwa dimaki dan dimarahi suaminya selepas meminta dibelikan ‘ayam gepuk’.

“Suspek dipercayai bertindak mencekik leher mangsa selain mencapai objek (pisau sayur) dan meletakkannya di leher wanita terbabit.

“Mangsa juga dilaporkan ditampar di muka serta ditumbuk di bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Harian Metro.

Beliau berkata mangsa mengalami kecederaan di bahagian kanan leher sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz.

Tambahnya, kes berkenaan masih dalam siasatan lanjut pihak polis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved