“Belajar, paham dulu agama!” – [VIDEO] Puteri Sarah ‘Ceramah’ Netizen Tentang Isu Poligami

Entertainment
6 Jul 2022 • 4:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nama pelakon cantik Puteri Sarah sekali lagi menjadi sebutan apabila dia mengeluarkan kenyataan mengenai isu poligami ketika mengadakan sesi live bersama pelakon terkenal Nad Zainal.

Kedua-dua pelakon itu memilih untuk berbincang mengenai topik itu apabila Puteri Sarah dikatakan tidak mahu suaminya berkahwin dengan wanita yang telah menganggu rumah tangga pasangan selebriti itu iaitu Ira Kazar.

@ann_ahmad7

Reply to @ikanpatin_68 deep kan apa Sarah cakap. Moga yang terbaik buat Sarah image is not available#AnnAhmad #fyp #casablanca #puterisarahliyana #fypdongggggggg

♬ CASABLANCA – Nuha Bahrin & Naufal Azrin

“Orang cakap saya halang poligami tetapi saya nak tegaskan, Nabi Muhammad SAW berkahwin lain selepas Saidatina Khadijah wafat. Para lelaki dengar baik-baik.

Jadi, anda semua jangan main cakap lelaki boleh kahwin empat. Fahamkan dulu. Jika nak berpoligami, carilah keturunan dan bakal isteri yang baik-baik,” katanya dalam sesi live tersebut.

Malah, Puteri Sarah juga berkata Nabi Muhammad SAW juga tidak membenarkan anaknya Saidatina Fatimah untuk dimadukan.

Rata-rata netizen juga bersetuju dengan kenyataan Puteri Sarah dan keberaniannya dalam mempertahankan rumah tangganya, malah ada juga yang turut menghuraikan dengan lebih lanjut berkaitan poligami dalam Islam.

image is not available

Tidak cukup dengan itu, Nad Zainal turut ‘menambah api’ selepas dia mengakui sedikit terasa selepas diceramah oleh Puteri Sarah hanya kerana dia baru-baru ini memegang watak wanita ketiga dalam siri drama Dendam Seorang Isteri.

Ingat senang ke nak berpoligami?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.