Belajar Sambil Berlakon, Aniq Suhair Genggam Ijazah Tanpa Tangguh Satu Semester - “Saya Harap Pengalaman Ini Beri…”

1 Nov 2026 • 8:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Belajar Sambil Berlakon, Aniq Suhair Genggam Ijazah Tanpa Tangguh Satu Semester - “Saya Harap Pengalaman Ini Beri…”

Pelakon, Aniq Suhair membuktikan kesibukan membina kerjaya dalam industri seni bukan penghalang untuk dirinya menggenggam segulung ijazah.Lebih membanggakan, Aniq berjaya menamatkan pengajian Bachelor of Business Administration di City University dalam tempoh tiga tahun tanpa menangguhkan satu semester.Menurut Aniq, selepas menamatkan pengajian peringkat asasi ketika berusia 19 tahun, dia terlebih dahulu memberi tumpuan kepada dunia lakonan sebelum mengambil keputusan untuk menyambung semjla pelajarannya.“Bukan mudah sebenarnya. Dalam kesibukan menghafal dialog, mendalami karakter dan menjalani penggambaran, saya masih perlu menyiapkan tugasan dan menghadapi peperiksaan.“Ada ketika saya terlalu letih, demam dan berdepan tekanan. Malah, ada kelas yang terpaksa saya lepaskan kerana komitmen kerja.“Namun, semangat untuk meneruskan pengajian serta doa dan sokongan keluarga dan orang sekeliling banyak membantu memudahkan perjalanan ini,” katanya.Biarpun terpaksa berdepan jadual yang padat, Aniq menyifatkan kejayaan tersebut sebagai satu pencapaian peribadi yang cukup bermakna.“Saya percaya, sejauh mana pun kita melangkah dalam kerjaya, pendidikan tetap penting. Ilmu bukan sekadar bekal mencari rezeki, tetapi cahaya yang memandu perjalanan hidup.“Setiap orang mempunyai perjalanan dan waktunya sendiri. Saya berharap pengalaman ini memberi semangat kepada mereka yang sedang bekerja sambil belajar. Kesibukan memang mencabar, tetapi jangan berhenti menuntut ilmu hanya kerana kita sudah mempunyai kerjaya,” tambahnya.Dalam pada itu, Aniq turut menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT serta berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapanya yang tidak pernah putus mendoakan kejayaannya.Dia juga menghargai sokongan pensyarah dan pihak pengurusan universiti yang sentiasa memberi sokongan serta sentiasa memahami komitmen kerjayanya sebagai seorang pelakon.Terdahulu, Aniq berkongsi momen konvokesyennya menerusi Instagram dan meluahkan rasa syukur apabila segala penat lelah sepanjang enam tahun akhirnya membuahkan hasil.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved