Belajar ‘skill makeup’ baru, Alha Alfa tak kisah berguru dengan MUA Thailand viral

12 Jul 2023 • 12:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Baru-baru ini, penampilan make up pelakon Janna Nick sewaktu majlis perkahwinannya telah tular memandangkan menggunakan khidmat jurumekap profesional dari Thailand.

Ramai peminat khususnya wanita mahu look sebegitu sewaktu majlis istimewa mereka nanti kerana nampak berseri tanpa terlihat seperti mengenakan solekan tebal.

Ikuti kelas persendirian

Disebabkan itu, MUA terkenal Malaysia, Datuk Alha Alfa juga tidak terlepas dari pertanyaan peminat yang mahukan dia turut membuat look sama seperti MUA dari Thailand tersebut.

Susulan daripada itu, Datuk Alha Alfa telah mengambil inisiatif dengan menghadiri kelas secara persendirian dengan MUA Thailand berkenaan yang dikenali sebagai Babarabeer.

Belajar teknik baru

Perkara tersebut dikongsikan sendiri usahawan kosmetik berkenaan di Instagram dengan mengatakan yang dia telah menghadiri kelas pertama dengan MUA terbabit.

Ujarnya, tidak salah untuk memperlajari teknik solekan orang luar memandangkan ia menjadi sesuatu yang disukai ramai. Tambahnya di ruangan komen, dia tetap akan belajar walaupun sudah bergelar MUA profesional.

image is not available

Belajar sampai ke negara China

image is not available

 

“Terima kasih join kelas”

Menjengah ke ruangan Instagram Babarabeer, dia juga mengucapkan terima kasih kepada Alha Alfa di atas kesudiannya menghadiri kelas berkenaan di samping menunjukan signature milik usahawan itu selepas mempelajari look ala-ala Thailand.

image is not available

Signature dari Alha Alfa

image is not available

Akan adakan kelas di Malaysia November nanti

Dia juga turut memaklumkan akan mengadakan kelas terbuka kepada rakyat Malaysia pada 30 November 2023 dan mereka yang berminat sudah boleh mendaftar untuk mengikuti bengkel tersebut.

image is not available

Kagum dengan Datuk tak jemu tambah ilmu

Perkongsian yang dibuat Alha Alfa atau nama sebenarnya Datuk Seri Abdul Al Halim Al Fadzil telah mendapat pujian daripada warganet kerana dia tidak jemu untuk menuntut ilmu walaupun sudah mempuyai nama sendiri.

Mereka juga tidak sabar untuk melihat hasil kerja usahawan tersebut lebih-lebih lagi ketika menatarias selebriti terkenal yang menjadi idola ramai wanita.

image is not available

Orang hebat tak akan berhenti berguru

image is not available

Terbaik hasil kerja Datuk

image is not available

Macam Tangmo!

image is not available

Ingatkan MUA Thai, rupanya Datuk yang mekap

image is not available

 

 

Datuk Alha Alfa merupakan jurumekap artis profesional Malaysia dan juga usahawan memandangkan dia adalah pemilik kepada jenama alat solek terkenal Alha Alfa.

Deretan selebriti dan juga public figure telah menggunakan khidmatnya sebagai MUA untuk hari-hari penting mereka kerana sudah mengetahui kualiti serta hasil kerjanya yang cukup cantik serta memuaskan hati.

Sumber: Instagram Alha Alfa