Belakangkan Ibu Bapa Mentua, Puteri Sarah Nasihat Syamsul Jangan Jadi Derhaka

Entertainment
8 Jan 2023 • 3:47 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Masih hangat diperkatakan mengenai perkahwinan kali kedua Syamsul Yusof, baru-baru ini Puteri Sarah telah memuat naik satu posting mendoakan kebahagiaan buat kedua ibu bapa mentuanya.

Menurut posting tersebut, Sarah berasa terkilan dengan sikap Syamsul Yusof yang telah berkali-kali mengecewakan bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam.

Reaksi Bapa Mentua

Datuk Yusuf Haslam juga mendedahkan bahawa dirinya baru sahaja mengetahui mengenai berita pernikahan anaknya itu dan berasa kecewa kerana tidak diberitahu oleh Syamsul sendiri lebih awal.

Macam bapa sendiri

image is not available

Sarah juga memberitahu bahawa bapa mentuanya itu telah melayannya dengan baik dan telah dianggap seperti bapa kandung sendiri.

Bukan sekali dua papa menangis kerana awak! Berkali-kali. Beraninya awak! Jangan jadi anak yang derhaka. Malah, awak buat ibu awak menangis. Ketawalah belah sana, ketawalah. Kifarah itu ada.

Tambahan, Sarah juga memberitahu dirinya akan mengerjakan umrah pada 26 Januari nanti dan akan mendoakan kebahagiaan ibu bapa mentuanya.

Menurut pelakon itu juga, dirinya boleh mencari kebahagiaan sendiri tetapi berharap jangan ibu dan bapanya yang tidak bahagia.

Kredit: YouTube | Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media