Bengang Puteri Sarah Dituduh Derhaka, Janna Nick Ajak Netizen Boikot Syamsul Yusof?

Entertainment
7 Jan 2023 • 2:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Susulan pengakuan Syamsul Yusof yang telah bernikah dengan Ira Kazar, selebriti tanah air, Janna Nick tidak berdiam diri dan tampil mempertahankan teman baiknya, Puteri Sarah.

Walaupun tidak menyebut nama, Janna telah memuat naik beberapa hantaran seolah-olah mengecam pelakon dan pengarah itu.

image is not available

Dalam hantaran di IG Story-nya itu, Janna menyifatkan Syamsul sebagai seorang suami yang telah menganiya isteri yang juga ibu kepada dua orang anaknya. Janna juga meminta Syamsul tidak menjadi munafik dan berhenti daripada memanipulasi keadaan yang telah beliau sendiri buat.

image is not available

image is not available

Memetik laporan dari Kosmo!, Janna turut berkongsi keadaan dan kepayahan Puteri Sarah dalam menguruskan anak-anak mereka ketika Syamsul tiada disisi. Walau bagaimanapun, beliau tiada niat untuk mencampuri urusan rumah tangga orang lain. Namun, beliau cukup bengang apabila Syamsul telah menuduh Puteri Sarah sebagai isteri yang derhaka.

image is not available

Disebabkan rasa bengang dan marah akibat perlakuan Syamsul ke atas Puteri Sarah, Janna telah bertindak membuat laporan ke atas akaun Instagram Syamsul Yusof. Beliau juga mengajak orang ramai untuk melakukan perkara sama dan memboikot pelakon dan pengarah itu.

Bagaimanapun, hantaran IG Story menyeru orang ramai untuk memboikot Syamsul Yusof itu telah dipadam oleh Janna sendiri.

image is not available

Untuk rekod, drama rumah tangga antara Puteri Sarah – Syamsul Yusuf dan pihak ketiga menemui persimpangan baharu selepas Syamsul memuat naik video pengakuan tentang pernikahannya dengan Ira Kazar di Thailand semalam.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.