Belanja hampir RM100,000 bina laluan konkrit, ratakan padang taman SS 19

14 Apr 2023 • 2:11 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SUBANG JAYA, 14 APRIL: Hampir RM100,000 dibelanjakan untuk membina laluan konkrit di taman permainan SS 19 di sini, bagi memudahkan orang awam melakukan aktiviti riadah.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya Michelle Ng Sze Mei berkata kos itu merupakan sebahagian daripada peruntukan khas Projek Selangor Penyayang tahun lalu berjumlah RM400,000.

“Penduduk mengadu masalah laluan di taman ini terutama ketika hujan. Padang jadi lecak menyebabkan mereka terpaksa beriadah di jalan raya.

“Keadaan ini merbahaya dan memberi risiko keselamatan tambahan pula kebanyakan mereka adalah warga emas. Jadi kita bina laluan ini untuk memudahkan penduduk beriadah,” katanya selepas meninjau laluan terbabit hari ini.

Michelle berkata laluan dibina sepanjang 280 meter itu siap sepenuhnya pada Disember dan kini memberi manfaat kepada penduduk sekitar.

“Selain pembinaan laluan ini, kita juga menaik taraf taman dengan meratakan sebahagian kawasan tanah tinggi. Kita tarah untuk jadikan padang rata,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved