Belanja Lagu Aku Cinta Padamu Versi Dangdut, Ramai Netizen Rindu Nyanyian Syasya Rizal - “Lupa Dia Penyanyi”

16 Dec 2024 • 9:02 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Sepotong video nyanyian bekas anggota kumpulan Dolla Syasya Rizal tular di TikTok baru-baru ini. 

 

Menerusi perkongsian yang dibuat, Syasya atau nama sebenarnya, Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, berkongsi video dirinya menyanyikan lagu viral ‘Aku Cinta Padamu’ versi dangdut nyanyian asal biduanita negara Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Rindu nyanyian Syasya

Hantaran tersebut telah mencuri perhatian wargamaya yang rata-ratanya meluahkan rasa kerinduan terhadap nyanyian Syasya. 

 

Menjengah ke ruangan komen, ada juga netizen yang memuji kelunakan suara 

 

“Rindunya nak dengar Syasya menyanyi.

 

“Aku hampir lupa Syasya penyanyi.

 

“Akhirnya boleh dengar semula nyanyian Syasya setelah sekian lama,” komen beberapa netizen.

 

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian Syasya telah meraih lebih 100,000 tontonan dan lebih 12,000 tanda suka.

Sekadar info, Syasya telah melangsungkan perkahwinan dengan Nasrullah Mohd. Sapie pada 21 April lalu selepas membuat pengumuman mengejut mengundur diri daripada kumpulan Dolla atas alasan peribadi.