Belanjawan 2024: Cukai Perkhidmatan Naik 8%, Cukai Barang Bernilai Diperkenalkan

13 Oct 2023 • 4:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari ini, pembentangan belanjawan 2024 dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merangkap Menteri Kewangan.

Antara yang menjadi perhatian ialah kenaikan Cukai Perkhidmatan kepada 8% daripada 6%, pun begitu, ia tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi.

Sebaliknya, skop perkhidmatan bercukai diperluas termasuklah seperti logistik, pembrokeran, penajajaminan dan karaoke.

image is not available

Selain itu, satu lagi cukai diperkenalkan iaitu Cukai Barang Bernilai Tinggi pada kadar 5% ke 10% berdasarkan nilai ambang harga barangan.

Barangan yang dikenakan cukai tersebut termasuklah barang kemas dan juga jam tangan.

image is not available

Berita lanjut menyusul.

Sumber: TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.