Belanjawan 2024 – RM 19.7 Bilion Untuk Pembelian Kereta Perisai, Helikopter Dan Hoverkraf

TechnologyDigital
13 Oct 2023 • 6:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kementerian Pertahanan menerima peruntukan besar RM19.7 bilion tahun dapat yang merupakan peningkatan sebanyak RM2 bilion berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan ini akan digunakan untuk pembelian 12 helikopter baharu TUDM, 60 kereta perisai infantri, 50 kenderaan HMLTV, 6 hoverkraf dan 733 lagi kenderaan sokongan pelbagai jenis.

image is not available

Kerja memasang pulih dua kapal selam serta perolehan kapal LMS untuk TLDM turut akan diteruskan. Aset lama PDRM akan turut akan digantikan dengan 7 buah pesawat dwi-enjin dan 5 buah helikopter ringan. Turut akan ditambah baik 45 unit bot pelbagai jenis Tentera Darat serta 9 buahkapal ronda generasi baharu dan bot pemintas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Akhir sekali RM400 juta disediakan untuk menyelenggara dan membaik pulih Rumah Keluarga Angkatan Tentera RM20 juta turut disediakan untuk menaik taraf sistem pembetungan Kem Tentera Darat secara berfasa.