Belanjawan 2024: RM250 juta untuk memperluaskan capaian internet di semua universiti awam

LocalPolitics
13 Oct 2023 • 6:24 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Anwar

Belanjawan Madani Kedua menyediakan RM250 juta untuk menggantikan dan meluaskan capaian jalur lebar (internet) di semua universiti awam.

Ia termasuklah RM5 juta bagi melaksanakan projek pendigitalan hospital pengajar universiti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, RM300 juta turut disediakan bagi menyelenggara dan membaiki prasarana di IPT serta menggantikan peralatan lama yang usang.

“Kecemerlangan pendidikan tinggi diukur pada kejayaan melahirkan bakat-bakat muda yang berjaya dan universiti sebagai gudang ilmu perlu siap siaga membekalkan mahasiswa dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan.

“Untuk itu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) diperuntukan sebanyak RM16.3 bilion,” katanya pada Bajet Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Bukan itu sahaja, Anwar turut menambah, kerajaan akan terus menggalakkan komuniti rentan seperti orang kurang upaya (OKU), Orang Asli, ibu Tunggal dan warga emas mengikuti Program Pembelajaran Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved