Belanjawan 2025 : Jalan Raya Akan Dilengkapi Lampu Isyarat Pintar dan Pengesan Berat Kenderaan Masa Nyata

TechnologyDigitalCars
18 Oct 2024 • 6:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bagi mempertingkatkan lagi infrastruktur Jalan Persekutuan di seluruh negara, kerajaan memberikan peruntukan RM175 juta bagi memasang lampu-lampu jalan baharu dan lampu isyarat pintar. Ini hanyalah sebahagian daripada peruntukan penyelenggaraan jalan bagi memberikan keutamaan mengurangkan kemalangan disebabkan oleh keadaan jalan yang tidak selamat.

image is not available

Turut diumumkan ialah RM 2.8 bilion untuk menyelenggara Jalan Persekutuan. Sebanyak RM 1 bilion pula dikhaskan untuk membaiki jalan bukan utama seperti jalan sekunder, jalan FELDA dan jalan industri serta jalan yang rosak akibat banjir. Sementara itu untuk jalan-jalan negeri, RM 5.5 bilion ringgit dana Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalanraya Malaysia (MARRIS) disediakan.

RM30 juta turut disediakan untuk terus memanfaatkan peranan 115 Jurutera Daerah sebagai barisan hadapan dalam menyegerakan penurapan Jalan Persekutuan yang berlubang. Akhir sekali kerajaan bersetuju memasang sistem High Speed Weight in Motion di lokasi-lokasi terpilih bagi mengekang nahas jalan raya disebabkan kenderaan lebih muatan.

Sistem ini boleh mengesan berat kenderaan secara masa nyata tanpa ia perlu berhenti. Pada sistem yang digunakan di negara luar, ia boleh mengesan berat kenderaan yang bergerak dalam julat kelajuan 3-130 km/j. Pada awal tahun ini Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kerja Raya mengatakan pembangunan sistem High Speed Weight in Motion sudahpun berada dalam proses akhir.