Belanjawan 2025: Kadar Gaji Minimum Bakal Dinaikkan Kepada RM 1,700, Berkuatkuasa Pada Februari 2025

LocalPolitics
18 Oct 2024 • 6:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mulai 1 Februari tahun depan, gaji minimun bakal dinaikkan kepada RM1,700 berbanding RM 1,500 tahun ini.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2025 hari ini berkata, bagi majikan yang mempunyai kurang daripada 5 pekerja bagi tempoh 6 bulan pula, perkara ini akan berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.

“Kementerian Sumber Manusia juga akan menerbitkan garis panduan gaji permulaan bagi semua sektor pekerjaan untuk rujukan pekerja. Umpamanya, gaji permulaan Juruteknik Industri dan Pengeluaran (RM2,290), Jurutera Mekanikal (RM3,380) dan Profesional Pereka Kandungan Kreatif (RM2,985).”

image is not available

Selanjutnya, Dasar Gaji Progresif ialah ikhtiar Kerajaan MADANI untuk mereformasi pasaran buruh dengan matlamat meningkatkan pendapatan pekerja. Katanya, dasar ini sudah mula dilaksana secara rintis pada Jun lalu dan akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada tahun hadapan. Dasar Gaji Progresif diperuntukkan RM200 juta dan akan memanfaatkan 50 ribu pekerja.

Tambahnya, Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) merupakan ikhtiar kita menoktahkan kemiskinan tegar melalui peningkatan pendapatan rakyat.

Berita lanjut menyusul…

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.