Belanjawan 2025: Khazanah Dan KWAP Akan Melaburkan Sehingga RM1 Bilion Untuk Pembangunan Sektor Teknologi Tempatan

TechnologyDigital
18 Oct 2024 • 5:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seperti yang sedia maklum, Malaysia merupakan salah satu negara-negara paling penting di dunia berkenaan logistik pengeluaran cip semikonduktor, dengan syarikat-syarikat seperti Intel, AMD, Micron dan sebagainya menggunakan khidmat syarikat dan pekerja tempatan untuk bungkusan dan ujian komponen-komponen penting ini.

Sewaktu pembentangan Belanjawan 2025, Menteri Kewangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengatakan bahawa untuk membangunkan lagi sektor semikonduktor tempatan, Khazanah Nasional Berhad akan menyediakan RM1.0 bilion untuk menerajui pelaburan yang menyokong pembangunan industri semikonduktor tempatan.

Kumpulan Wang Persaraan juga akan menyediakan RM500 juta pada tahun depan untuk membangunkan sektor-sektor teknologi yang sedang meningkat permintaannya, termasuklah pusat data, peralihan tenaga dan pembuatan canggih.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved