Belanjawan 2025 : Perodua Bakal Perkenal Kereta Elektrik Bawah RM100k

TechnologyDigitalCars
18 Oct 2024 • 5:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ketika Belanjawan 2025 hari ini, Perdana Menteri mengumumkan syarikat pengeluar kenderaan tempatan, Perodua bakal hadir dengan kereta elektrik tersendiri, dan ditawarkan pada harga RM100,000. Ini sekaligus akan menjadikan ia antara kenderaan elektrik pada harga mampu-milik di pasaran, membawa kepada lebih ramai beralih ke kereta elektrik.

Informasi lanjut berkenaan dengan kereta elektrik Perodua tidak diketahui lagi, dan mungkin dikongsikan dalam bulan-bulan akan datang.

Selain Perodua, untuk tahun ini, Proton bakal melancarkan kereta elektrik pertama mereka, Proton e.MAS7. Kereta berkenaan telah pun dipertontonkan, dan informasi berkenaan kenderaan tersebut diumumkan sedikit demi sedikit. Harga jualan dan sebagainya dijangka akan dikongsikan pada penghujung tahun ini – dan melalui pengumuman Belanjawan 2025 ini, kita boleh sahkan Proton e.MAS7 akan berharga lebih RM100k.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved