Belanjawan 2025: Subsidi RON95 disasar semula seawal Julai 2025

LocalPolitics
18 Oct 2024 • 4:56 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

PMX Anwar Ibrahim sewaktu pembentangan Belanjawan 2025 mengumumkan program rasionalisasi petrol RON95 akan dikuat kuasakan seawal Julai 2025. Walau bagaimanapun, maklumat khusus masih belum dikongsikan dan katanya 85% daripada rakyat tidak akan terkesan dengan penyelarasan ini.

Rasionalisasi Diesel dikuat kuasa Jun 2024

Kerajaan Malaysia sebelum ini telah melaksanakan rasionalisasi diesel bermula 10 Jun 2024 dulu apabila harga bahan api itu di Sememnanjung Malaysia diapungkan pada harga RM3.35 pada tengah malam hari tersebut berbanding harga subsidi sebelum ini RM2.15/L yang diguna pakais sejak Februari 2021.

Di bawah program subsidi bersasar, kenderaan logistik yang menggunakan diesel boleh memohon Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 untuk menikmati kadar diesel RM2.15/L yang asal. Untuk pengangkutan awam seperti bas, bas ekspress, ambulan, dan trak bomba di bawah SKDS 1.0, harga subsidi yang dinikmati kekal pada RM1.88/L sementara nelayan kekal menikmati kadar RM1.65/L

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved