Belanjawan 2026 : Kerajaan Memberi Tumpuan Kepada Pembangunan ASEAN Power Grid

LocalBusiness & Finance
10 Oct 2025 • 4:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada pertengahan tahun ini, sebagai pengerusi kumpulan ASEAN pada tahun ini, kerajaan Malaysia telah mengadakan sidang kemuncak ASEAN-GCC-China, Mesyuarat Peralihan Tenaga (Energy Transition Meeting) untuk membincangkan tentang agenda tenaga bersih dan inovasi digital serantau.

Terkini, sewaktu pembentangan Belanjawan 2026, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengatakan bahawa Malaysia akan menumpukan perhatian terhadap pembangunan infrastruktur ASEAN Power Grid menghubungkan grid elektrik rentas sempadan ke negara jiran dan memperkukuh perdagangan tenaga serantau.

image is not available

Sehubungan dengan itu, Tenaga Nasional Berhad dan juga Petronas akan bekerjasama dengan rakan-rakan ASEAN yang lain untuk mempercepatkan pembangunan grid kuasa Vietnam-Malaysia-Singapura untuk membekalkan sumber tenaga tambahan dari selatan Vietnam ke Malaysia dan juga Singapura.

Projek ini sudahpun dimeterai sejak pertengahan tahun ini sewaktu sidang kemuncak ASEAN pada pertengahan tahun ini, yang memperlihatkan bahawa pembangunan teknologi tenaga lestari adalah sesuatu yang boleh dilakukan di rantau Asia Tenggara, dan mampu membekalkan jumlah tenaga elektrik yang mencukupi untuk ketiga-tiga negara ini.