
KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memberi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 sekali lagi kepada 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkannya berkata, ia akan disalurkan pada pertengahan Februari tahun depan.
“Sukacita saya umumkan, Kerajaan sekali lagi akan memberi 100 ringgit SARA kepada 22 juta rakyat Malaysia 18 tahun ke atas.
“Ini akan disalur pada pertengahan Februari yang boleh dimanfaat untuk persiapan Ramadan dan sambutan Tahun Baru Cina,’’ katanya ketika membentangkan Bajet 2026 di Parlimen hari ini.
Kredit RM100 Sara kali pertama diperkenalkan pada pada 31 Ogos lalu dan kekal sah sehingga 31 Disember 2025.
Ia boleh digunakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh negara. - 10 Oktober, 2025
The post SARA RM100 diberikan sekali lagi, disalurkan pertengahan Februari 2026 appeared first on Scoop.

