Belanjawan 2026 : PM Anwar Harap Pembentangan Berjalan Lancar

LocalPolitics
9 Oct 2025 • 5:12 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap pembentangan Belanjawan 2026 esok berjalan lancar.

“Doakan semuanya selamat, insya-Allah,” katanya kepada Berita Harian.

Terdahulu, beliau tiba di Kementerian Kewangan sekitar jam 3 petang bagi menandatangani dokumen berkaitan Belanjawan 2026.

Belanjawan 2026

image is not available

Foto: Bernama

image is not available

Foto: Bernama

Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Turut hadir menyambut kehadiran Perdana Menteri ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Belanjawan 2026

image is not available

Foto: Bernama

Anwar sempat bergambar bersama barisan pengurusan tertinggi setiap kumpulan yang terlibat dalam penyediaan Belanjawan 2026 di lobi utama kementerian sebelum menandatangani semua dokumen rasmi berkaitan belanjawan berkenaan.

Untuk makluman, pembentangan Belanjawan Madani kali keempat itu dijadual berlangsung pada Jumaat ini jam 4 petang dan akan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen dan portal berita tempatan.

Sumber: Berita Harian (Mohd Iskandar Ibrahim)