Belanjawan 2026 : SKMM Akan Bina Infrastruktur AI Berdaulat Dengan Pelaburan RM2 Bilion

LocalTechnology
10 Oct 2025 • 5:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dalam usaha mencapai status Negara AI menjelang 2030, kerajaan turut membentangkan Belanjawan 2026 yang akan menawarkan RM2 bilion kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), dalam usaha membina infrastruktur perkomputeran awanan AI berdaulat yang berpusat di Malaysia.

Dengan langkah ini, ia akan memastikan pembangunan keupayaan kecerdasan buatan nasional yang selamat, selain turut menyokong dalam perkhidmatan kerajaan dan pembangunan digital negara. Ini juga akan mengurangkan kebergantungan kepada teknologi pihak luar, selain mengembangkan lagi keupayaan teknologi tempatan.

Maklumat penuh berkenaan hal ini masih tidak diketahui lagi, dan dijangka diketahui lanjut apabila pembentangan ini dibincangkan dengan lebih mendalam lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved