Belanjawan 2026 : Syarikat Rintis (Startup) Menyumbang RM1 Bilion Pada KDNK Malaysia

LocalStartup
10 Oct 2025 • 4:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Melalui pembentangan Belanjawan 2026, kerajaan dilihat akan terus memberikan fokus terhadap arena startup atau syarikat rintis (melibatkan teknologi) di Malaysia. Setakat ini, startup dilihat menyumbang RM1 bilion kepada KDNK, disamping turut menjana 82,000 peluang pekerjaan di Malaysia.

Selari dengan perkembangan positif ini, kerajaan mengumumkan Dana Perintis KWAP dan Jelawang Capital akan ditingkatkan kepada RM750 juta berbanding RM550 juta sebelum ini. Selain itu, Cradle Fund akan melaksanakan program dengan dana RM55 juta.

Pada masa yang sama, kerajaan bercadang untuk menambah-baik lagi galakan cukai modal teroka untuk tempoh 10 tahun, melalui kadar cukai khas dan pengecualian cukai dividen.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved