Belanjawan 2027 buktikan bangunan KTMB tidak akan dijual - Anthony Loke

LocalPolitics
12 Oct 2026 • 4:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Belanjawan 2027 buktikan bangunan KTMB tidak akan dijual - Anthony Loke
Anthony Loke ketika sidang media di Kementerian Pengangkutan hari ini. - Foto: Bernama

PUTRAJAYA – Pengumuman Belanjawan 2027 berhubung pemuliharaan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur dan ibu pejabat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menepis dakwaan bahawa Kementerian Pengangkutan berhasrat menjual bangunan bersejarah tersebut.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pengumuman itu turut menafikan dakwaan bahawa kementerian berkenaan berhasrat menjual KTMB kepada pihak luar.

“Dengan pengumuman ini, saya berharap dapat menoktahkan segala tuduhan dan fitnah yang mendakwa Kementerian Pengangkutan mahu menjual bangunan KTMB.

“Ada pihak yang menyebarkan fitnah berterusan dengan mendakwa Anthony Loke mahu menjual KTMB, termasuk bangunan KTMB kepada pihak lain atau syarikat asing. Dakwaan itu sama sekali tidak benar,” katanya dalam sidang akhbar di sini pada Isnin.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada usaha memelihara warisan sejarah pengangkutan negara, khususnya melibatkan dua bangunan ikonik berkenaan.

Menurutnya, pemuliharaan itu akan dilaksanakan menerusi kerjasama antara Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Perbadanan Aset Keretapi (RAC), termasuk kerja naik taraf bangunan sebagaimana yang pernah dilaksanakan terhadap Bangunan Sultan Abdul Samad.

“Pemuliharaan itu bukan sahaja bertujuan mengekalkan nilai sejarah bangunan berkenaan, malah menaik tarafnya supaya dapat menjadi tarikan pelancongan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved