
PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju untuk meningkatkan kadar gaji minimum nasional daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai Jun 2027.Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.Beliau berkata, langkah berkenaan dijangka memberi manfaat secara langsung kepada lebih empat juta pekerja di seluruh negara.Bagaimanapun, katanya, Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang mencatatkan hasil jualan bulanan di bawah RM50 juta dikecualikan daripada pelaksanaan tersebut bagi memberi ruang untuk penyesuaian model perniagaan masing-masing.“Selain gaji minimum, kerajaan turut melaksanakan Pembaharuan Kerangka Pendapatan Pekerja dengan memperkenalkan gaji minimum RM2,500 sebulan bagi pekerjaan separa mahir dan graduan sebagai kadar permulaan.“Syarikat Pelaburan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) turut menunjukkan teladan dengan menaikkan penanda aras Gaji Sara Hidup kepada RM3,400 sebulan berbanding RM3,100 sebelum ini, sekali gus memanfaat seramai 230,000 pekerja,” katanya.Sehubungan itu, Anwar berkata, kerajaan menyeru seluruh majikan swasta untuk mengambil langkah serupa.“Bagi membendung pemilikan dan penggajian pekerja asing tanpa izin (PATI), kerajaan menetapkan syarikat selain PMKS hanya dibenarkan menuntut potongan cukai perbelanjaan gaji sekiranya pembayaran dibuat secara transaksi akaun bank selaras Akta Kerja 1955,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
The post Belanjawan 2027: Gaji minimum naik RM2,000 appeared first on Kosmo Online.



![[VIDEO] Syed Saddiq ‘rushing’, Speaker ucap selamat pengantin baharu Muar](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/syed-saddiq-parlimen-belanjawan-2027-1024x766.jpeg)


![[VIDEO] ‘Hari ini urus isu negara, esok hal rumah tangga’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/syed-saddiq-bella-astilah-2-1024x766.jpeg)