Intipati Belanjawan 2027 – Ringkasan & Senarai Bantuan Untuk Rakyat Malaysia

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 9:10 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Belanjawan 2027 telah dibentangkan dengan tema MENGGAPAI DI LANGIT, MENGAKAR DI BUMI. Pelbagai inisiatif dan bantuan untuk semua golongan rakyat telah diumumkan pada 9 Oktober 2026.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengumumkan bahawa jumlah keseluruhan bantuan dan inentif berjumlah 80 bilion Ringgit. Ini termasuk, subsidi bahan api yang dijangka kekal tinggi pada 40 bilion ringgit dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat hampir 3.3 bilion ringgit.

Berikut dikongsikan Ringkasan Intipati Belanjawan 2027 :

Bantuan SARA & STR 2027

  1. Semua penerima STR akan menerima SARA sehingga RM150 sebulan ATAU sehingga RM1800 setahun.
  2. Penerima STR berusia 18 tahun ke atas akan terima SARA Madani RM100 untuk 2 kali setahun – iaitu sebelum Aidilfitri 2027 dan sempena 70 tahun Merdeka.
  3. SARA boleh digunakan untuk pembelian barang basah dan segar, melibatkan 216 PASAR TANI ATAU TAMU DI BAWAH FAMA seluruh negara.
Image from: Intipati Belanjawan 2027 – Ringkasan & Senarai Bantuan Untuk Rakyat Malaysia
Image from: Intipati Belanjawan 2027 – Ringkasan & Senarai Bantuan Untuk Rakyat Malaysia

Pelepasan Cukai

  1. Had pelepasan cukai individu dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM12,000.
  2. Pelepasan cukai individu diperluas antaranya :
    • Rawatan selepas bersalin
    • Penjagaan ibu bapa, datuk nenek (kali ni tak limited to kesihatan saja)
    • Kasut sukan
    • Yuran pengajian / kemahiran SEMUA BIDANG
    • TUISYEN anak
    • Langganan AI
    • Haiwan angkat
    • Kos vaksin
  3. Banjaran pendapatan bercukai antara RM70 ribu hingga RM100 ribu dikurangkan kepada 18%.
  4. Banjaran pendapatan bercukai antara RM100 ribu hingga RM150 ribu dikurangkan kepada 24%.
Image from: Intipati Belanjawan 2027 – Ringkasan & Senarai Bantuan Untuk Rakyat Malaysia
Image from: Intipati Belanjawan 2027 – Ringkasan & Senarai Bantuan Untuk Rakyat Malaysia

Gaji Minimum

  1. Gaji minimum RM1700 dinaikkan kepada RM2000 mulai Jun 2027 dengan pengecualian bagi PMKS dengan hasil jualan bawah RM50 juta.
  2. Gaji minimum pekerjaan separa mahir dan graduan juga ditetapkan kepada RM2,500.
  3. Manakala bagi GLIC dan GLC, Gaji sara hidup RM3,100 dinaikkan kepada RM3,400
Image from: Intipati Belanjawan 2027 – Ringkasan & Senarai Bantuan Untuk Rakyat Malaysia

Pendidikan & Belia

  1. Bantuan Awal Persekolahan dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 bagi setiap murid.
    • Keluarga dengan empat orang anak akan menerima RM800 untuk persiapan persekolahan 2027.
    • Seramai 5.3 juta murid bakal menerima manfaat ini, dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion.
    • Bantuan akan disalurkan di sekolah bagi membolehkan ibu bapa hadir dan bertemu guru, demi kemajuan akademik serta pembentukan sahsiah anak-anak.
  2. Elaun sara hidup pelajar Tingkatan Enam sebanyak RM2,500 turut diperkenalkan, menyamai kadar elaun pelajar matrikulasi dan dijangka memanfaatkan 90,000 pelajar.
  3. Program Budi Belia – Golongan belia yang melengkapkan jumlah jam tertentu dalam aktiviti kesukarelawanan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terpilih akan menerima e-dompet RM100 menerusi insentif yang diperkenalkan kerajaan
  4. FLYSiswa – Bantuan tiket penerbangan Flysiswa MADANI 2027 akan ditingkatkan kepada RM500 berbanding RM400 pada tahun lepas.
Image from: Intipati Belanjawan 2027 – Ringkasan & Senarai Bantuan Untuk Rakyat Malaysia

PTPTN

  1. Diskaun 10% bagi bayaran PTPTN yang teratur tanpa tunggakan.
  2. Graduan yang bergaji bawah RM2500 boleh mohon penangguhan daripada bayaran balik, manakala yang bergaji RM2501-RM3000 boleh membayar minimum RM50 sebulan.
Image from: Intipati Belanjawan 2027 – Ringkasan & Senarai Bantuan Untuk Rakyat Malaysia

Kesihatan

  1. MySalam – Skim MySalam diteruskan.
  2. Medi Asas
    • Pelan Medi Asas akan dilancarkan bermula Januari 2027 pada harga mampu milik dengan kadar bayaran hospital mengikut jenis diagnosis dan rawatan bagi memastikan kos perubatan lebih terkawal serta mudah dijangka.
    • Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur di bawah 55 tahun dibenarkan membayar premium Medi Asas menggunakan simpanan dalam Akaun Sejahtera.

KWSP

  1. Warganegara akan didaftarkan secara automatik ahli KWSP apabila mencapai usia 18 tahun.
  2. Ahli KWSP berusia 55 & 60 tahun boleh pilih pengeluaran bulanan melalui Skim i-Emas KWSP supaya baki simpanan terus menjana dividen.
Image from: Intipati Belanjawan 2027 – Ringkasan & Senarai Bantuan Untuk Rakyat Malaysia

OKU

  1. Kadar bantuan penjagaan OKU terlantar dan pesakit kronik ditingkatkan daripada 500 kepada 600 ringgit sebulan.
  2. Ambang pendapatan bagi melayakkan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya ditingkatkan daripada RM1,700 kepada RM2,000.
  3. Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas ditingkatkan daripada RM150 kepada RM200 sebulan, untuk memanfaat 150 ribu murid istimewa termasuk anak autistik.
Image from: Intipati Belanjawan 2027 – Ringkasan & Senarai Bantuan Untuk Rakyat Malaysia

Penjawat Awam

  1. Cuti bersalin terkumpul meningkat daripada 360 kepada 490 hari.
  2. Had maksimum Ex-Gratia Waris Pukal meningkat kepada RM50,000.
  3. Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2027 sebanyak RM1500 akan dibayar 2 kali – iaitu sebelum Aidilfitri dan sebelum Hari Merdeka.
  4. Bantuan Khas Kewangan bagi Pesara dan Veteran sebanyak RM750.
  5. Pencen minimum juga dinaikkan kpd RM1350 sebulan.
Image from: Intipati Belanjawan 2027 – Ringkasan & Senarai Bantuan Untuk Rakyat Malaysia

Pekerja Gig

  1. Majlis Perundingan Gig sedang merundingkan kadar pendapatan minimum, formula pendapatan dan standard minimum perlindungan sosial, dengan sasaran pemuktamadan awal 2027.
  2. Pembiayaan bersama Kerajaan dan Grab mulai 2027 meliputi peningkatan pendapatan minimum, bantuan penyelenggaraan kenderaan, insurans serta caruman PERKESO.
  3. INSENTIF CARUMAN PERKESO
    • 35% caruman padanan pekerja e-hailing dan p-hailing.
    • 50% jika syarikat platform turut menanggung caruman pekerja.
    • 70% bagi lebih 200,000 orang bekerja sendiri dalam 17 sektor tidak mandatori.
  4. PELEPASAN CUKAI
    • Pelepasan cukai diperluas kepada caruman wajib Skim LINDUNG Kendiri, dengan tambahan RM150 bagi caruman sukarela Skim LINDUNG 24 Jam dan LINDUNG Kendiri.
    • Inisiatif ini mencerminkan komitmen KESUMA dalam memperkukuh ekosistem pekerjaan gig yang lebih adil, inklusif dan terjamin, selaras dengan nilai Kesejahteraan dan Ihsan dalam Malaysia MADANI.
Image from: Intipati Belanjawan 2027 – Ringkasan & Senarai Bantuan Untuk Rakyat Malaysia
Image from: Intipati Belanjawan 2027 – Ringkasan & Senarai Bantuan Untuk Rakyat Malaysia
Image from: Intipati Belanjawan 2027 – Ringkasan & Senarai Bantuan Untuk Rakyat Malaysia

Pengecualian Duti Setem Untuk Pembelian Rumah Pertama

  1. Kerajaan bakal memberikan pengecualian Duti Setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik bagi rumah pertama berharga sehingga RM500,000.
  2. Bagi rumah berharga sehingga RM750,000, PENGECUALIAN PENUH DUTI SETEM UNTUK RM500,000 PERTAMA DAN 50% BAGI BAKINYA.
  3. Ini terpakai bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030.
Image from: Intipati Belanjawan 2027 – Ringkasan & Senarai Bantuan Untuk Rakyat Malaysia

Sumber infografik : Berita RTM & Facebook Rasmi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Belanjawan 2027 di pautan https://belanjawan.mof.gov.my/ms/

Anda juga boleh rujuk maklumat menarik serta ringkasan melalui https://belanjawan.my

Image from: Intipati Belanjawan 2027 – Ringkasan & Senarai Bantuan Untuk Rakyat Malaysia
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved